TAHNIAH!! ANDA TELAH MEMENANGI SEBUAH BANGLO MEWAH!! Klik sini!

Tuesday, 20 October 2009

projek

Amaran! Sila sebut tajuk entry ni dengan minda yang suci. DUSH!(kena tumbuk kat perut) Mesti korang mnyampah tengok blog aku ni asyik cerita pasal projek je dari 2 entri lepas lagi. OK, sila jangan mnyampah. Projek2 tu dah siap hantar dan habis present, ni adalah cerita selanjutnye.

Tapi memang tak dinafikan(takde orang nak nafi pun), dalam 2minggu yang lepas memang aku kire minggu disaster habis(kes buat kerja last minit). Kena pulun maut nak siap kn semua projek2 tu sampai skip tidur malam(tidur siang dah habis balun). Boleh bayang tak? 4 projek dalam 2minggu? Boleh terjun perigi tu kalau tak kuat iman. Nak tahan kentut pasal nak kekal wuduk pun dah rase payah(ape kaitan ni?).

Sekarang aku nak rilek2 pulak. Sila jangan terpedaya, minggu ni adelah mule study week. Minggu depan nak exam pulak. Hampagas akstravaganza(sambil mncarut dengan 4 bahase laen). Tak lame aku rilek ni, kena kunyah buku2 semula lepas ni. Sabtu dan ahad lepas mak aku suruh balek rumah pasal kakak2 aku pakat balek dan berkumpul sekali, jadi sebenarnye rilek aku ni mule sejak dari hari isnin semalam je.

Aku sedar semenjak dua menjak ni aku jadi malas dan takde mood nak bukak dan update blog serta blogwalking kat blog korang. Mungkin sebab penangan badi stress aku ni tak habis2 lagi kot. Tapi niat aku nak cube try test develop blog yang laen masih tetap ade. Bile nak mule ntah. Mase cuti kot. Korang tunggu je la projek pelik2 kejadah aku sendiri ni.

Aku mintak maaf sebab aku prasan sendiri pasal internet aku same laju dengan korang. Blog aku ni loading lambat pasal script widget atau gambar pixel tinggi. Kalau aku rajen nanti aku fix kan la. Sekarang tengah malas. Sape yang tak nampak hantu kat blog aku mase entri yang lepas boleh la klik sini je untuk melihat beliau.

Entri depan aku nak try buat contest pulak(salah satu projek pelik sendiri tersebut). Harap sempat dan rajen update la minggu depan ni pulak. Last try nak bukak nota pasal nak study.

21 cacian hamun:

oRkId eDyLiYnE said...

bro...
aku ingatkan kau dah terjun perigi dekat sunway logon...
baru aku nak buat operasi memberkas m***t kau...
=)
main2 je...

silalah melakukan projek dengan berhemah...
[ada ke slogan tu dalam buku?]

Natsu said...

Blum lg. Tgh kumpul kn stress exam skali.

Slogan tu aku jumpe kt mjlh mastika:P

LoLLy~ said...

cipan punye hantu
neway...ol d best!! =)

Natsu said...

haha. ko jumpe hantu ke jumpe cipan ni? TQ2:)

sophie said...

my final exam staring next week too!!
epy exam-ing! hehehe

zetty said...

good luck...
study2..
dah nak exam...

misz benida said...

aku pnye projek+presentation+test will be done on nx wek..lgi prah..
[pastu final..haha]

Natsu said...

@sophie
eh? apekah mggu smua exam same waktu ke? hepi studying n exam-ing too. hepi kn diri anda walo ia adelah exam. haha.

@zetty
buat puase nazar utk aku skali. TQ2 sis.(tgh baring psl mls study) haha.

@misz benida
woh. memg parah tu. nsib baek bkn aku tu. haha. aku blh ckp gud luck utk ko je la.

perempuanku said...

zaman belajar memang macam tu.. last minit tu mesti.. lalala

- m!ss_yaNa - said...

saya punyer minggu exam lambat lagi..
muahaha~~
exam SPM..!!!

Natsu said...

@perempuanku
stuju. krja last minit krja brkualiti. opah aku pun ckp macam tu.

@miss yana
cis. tggu la ko nk exam nnt, aku gelak kn ko balek nnt. haha.

hanc said...

Selamat siapkan tugasan~~ :)

serunaiklang_91 said...

selamat2....semoga semua selamat:)

Natsu said...

@hanc
ye. ye. slamat jugak.

@serunaiklang91
slamat jugak. slamat mlm:P

Ftyyhahh said...

GOOD LUCK! hehe bese la daku pun mls blaja neh. salam.

atyrah said...

g study..g study..
ape blog blog neh?

Natsu said...

@ftyyhahh
TQ:) kite memg satu geng. haha.

@atyrah
ko pun same. shuh! shuh! pegi study. haha.

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... alo bro the last samurai... hehehhee.. sorry.. lama x tinggal komen... detik waktu sering menyemburui kesempatan laa... apa2 hal pun i luv u full... hahahahaha... weassalam.

Natsu said...

wslm. haha. i luv u full too.

Ftyyhahh said...

contest ape nih. xdpt la join. huhu.
tenet xde sll.

green said...

ak pun tak sabar nak memeriahkan blog ke 2 waktu cuti nanti..
huhu