TAHNIAH!! ANDA TELAH MEMENANGI SEBUAH BANGLO MEWAH!! Klik sini!

Monday 31 August 2009

Mendekar!

Maksud perkataan tajuk entry ni adalah merdeka yang disebut oleh lidah aku mase kecik2 dulu yang dipengaruhi slang England.(sebenarnye lidah pelat) Ni adalah entry khas hari merdeka. Bukan la nak cerita pasal aku merdeka sebab baru habis exam, exam aku pun tak stat lagi, apatah lagi nak cerita pasal merdeka orang negara Zimbabwe.

Mesti korang tengok entry aku ni dengan penuh meluat dan rase nak muntah lalu secara automatik terbatal puase dengan jayenye. Tengok aku ni macam budak hingusan, tibe2 ade sense patriotik? Nak pegi undi pilihanraye pun tak lepas pasal umur tak cukup lagi. Rase aku ni tengah buang tebiat. Tinggal lagi dua jumaat je nak hidup kot. Sile jangan dengki ye.(sumpah takde orang nak dengki)

Aku pun nak ucap selamat hari merdeka, walaupun aku tak paham, banyak orang bawah masih ditindas oleh orang besar, orang elit semakin berkuasa, orang miskin semakin miskin, barang asyik naek harge. Perpaduan pun huru hara lagi, politik kacau bilau, rasuah berleluasa, orang melayu bergaduh same sendiri.(nasib baek aku orang jawe)

Aku pun tak paham macam mane bangunan2 tinggi dan mahal boleh bagi orang miskin makan, tol banyak dan traffic jam boleh melancarkan perjalanan, harta pak menteri ade banyak hidup masyarakat sekeliling boleh terjamin skali.(aku pun ikut gelak kalau orang laen gaduh politik atau kutuk orang politik laen, tapi aku harap kaum laen tak ikut gelak dengan aku ni)

Aku pun tak berapa nak paham macam mane kemajuan malayisa semakin ke depan dan gejala sosial seperti masuk tandas tak bace doa atau basuh moto gune air paip jiran(tak kan tu pun nak bagi contoh jugak? paham sendiri la) pun makin maju jugak.

Aku jadi student pun dah ade hutang(ptptn), belum kerja lagi, macam mane aku nak kumpul dwit beli moto lc ni? Mane ekonomi malaysia yang membangun tu? Krisis dunia boleh tepis dan malaysia adalah bumi emas. Jangan la kate aku tak bersyukur. Terima kaseh malaysia, harge petrol naek lagi dua puluh sen. Aku hidup bersyukur ni, walopun kena jilat bontot orang atas kot.(dilarang bace ayat ni kalau anda dibawah umur atau tengah hafal quran atau tengah study untuk exam)

Aku bukan la geng berpakat atau geng berbaris. Aku geng bodoh2 je dengan bro nami. Aku nak merdeka je. Tak pun kena tunggu kerajaan Imam Mahdi jugak ni. Oh? Aku merdeka sikit. Baru siap satu assignment tadi. Sebab tu lambat update blog. Cuti sakan. Tidur je memanjang.

Dah la. Lebih2 pulak poyo aku ni. Sori, takde lagu patriotik kat blog aku. Misi aku cari tiket balek raye berjaye walopun misi lepak klcc malam merdeka kena cancel. Ni 1st eksperimen aku gune software flash, pasal merdeka. Aku tak tau nak buang mane dah.

Tag cik lyndadyana ni aku dah jawab kat sini. Tag miss siv pun aku dah jawab kat sini tapi ade satu soalan tambahan. Anda rasa anda hot? Aku ni memang kuat berpeluh tapi rasenye bukan pasal menggelabah puyuh, mungkin badan aku sangat sihat dan tak nafikan mungkin sebab aku hot?? Ape aku jawab ni? Layan je..

Klik sini kalau korang dah sembahyang je.(sepatutnye letak kat entry lepas)

18 cacian hamun:

yoro okino said...

wahh nak beli motor..

EIPUL said...

MENDEKAR![3x]

Hidup Menlaysia!

ngeh3x

Anonymous said...

bukan ko jpa ker??

Amal said...

sengaL!!
penat tau aku ketawe~
hahahaahaaaaa

...cintajihad... said...

unik..

mendekar..

:):)

dah mcm pendekar bunyiknya:)

Natsu said...

@yoro okino
aku nk bli bas plak.

@eipul
mendekar menlaysia! haha.

@anonymous
ape kes ade anonymous ni?

@miss siv
lg pnat aku yg mnulis.

@cintajihad
mendekar gak:)

serunaiklang_91 said...

wah...first time ni post tajuk berat..hehe..merdeka!!

[sutera kasih] said...

adoiii nsb bek xde pyakit jntung !!!haha..(klik sini")

Natsu said...

@serunaiklang
haha. kn aku dh ckp nk post entry serius hri tu.

@suterakasih
haha. ko dh trkena. nsib baek x kne kncing manis gak. eh? ape kaitan ni?

saiful mohamed said...

salam blogger..
im following u..

Natsu said...

salam blogger kmbali.
followed back.

farah said...

singgah di sini.

:)

abang besi said...

ade ke nk bli lc?huhu....

a said...

guest,

suka suki ko je spamming kat belog aku ya.
aku nak spamming gak!
hahaha.
walhal ko tak tahu maksud spamming pun kan. (bunyi best)
hahaha.

smart r bro ko punya grafik bergerak yang Pencerobohan Kini tu.
siap ada boomers lagi.
hahaha.

wei.
letak la chatbox.
senang aku nak spamming ko.
:D

a said...

ops.
komen aku takde kena mengena denan entri.
:P

Natsu said...

@farah
thnx sbb singgah.

@abang besi
haha. mksud aku jugak dwit asyik x ckup je la.

@shahrul
haha. aku xnk ltak cbox sbb xnk bg ko spamming. haha.

@shahrul lagi skali
aku rlpy ni pun xde kena mngena dgn komen ko tu.

zetty said...

hidup Malaysia!!!...hehehe...
nnti klu dh beli moto...jgn lupe daku...huhuhu

Natsu said...

haha. ok2. nnt aku bwk ko jln2.