TAHNIAH!! ANDA TELAH MEMENANGI SEBUAH BANGLO MEWAH!! Klik sini!

Sunday 6 September 2009

h1n1

Aku tau topik ni dah agak lame untuk dibincang lagi. Aku rase mesti korang tak nak bace dah bile bace tajuk kat dashboard je. OK. Korang betul. Aku dah takde point untuk update blog. Hutang tag semua aku dah setelkan. Nota tumit kaki: Sila bagi tag supaya aku tau ape nak update bile takde idea. Gile la tak segan aku cakap macam ni. DUSH! Buat ape nak segan? Bukan suruh bukak seluar pun. Sila sedar ni adalah ayat sedapkan hati.

Name laen bagi menatang alah ni jugak adalah selsema babi dan influenza A. Aku tak tau benda ni datang dari hingus babi ke ape tapi yang pasti memang dari beliau, jadi memang logik ia disebut jugak selsema babi. Dan mungkin jugak wabak ni perasan ia adalah wabak yang paling bahaye dahsyat gile anjing(maaf, anjing ni tak bersalah) malah datang dari najis berat maka diberi pangkat gred tertinggi iaitu A atau orang arab sebut 'mumtaz' lalu dipanggil influenza A.

Tapi aku tak tau sebab ape ia dipanggil H1N1(kes malas nak bukak buku). Mungkin ia hanye singkatan semata2 supaya dikenali ramai dan mudah disebut oleh kanak2 tadika dan sape2 walhal nenek hai-o sekalipun. Mungkin jugak ia diberi singkatan supaya untuk mengelakkan kanak2 yang sedang membesar dan anak gadis dari termencarut dengan menyebut haiwan terkutuk tersebut hanye untuk menyebut name wabak tersebut.

Tapi wabak ni macam tak terkesan sangat kat malaysia. Kerajaan pun rilek2 je. Aku tak dapat topeng free, tak macam kes jerebu dulu. Uni aku pun tak bagi cuti. Babi2 semua rilek2 lagi tak kena bunuh secara beramai2. Mungkin diorang tengok wabak ni tak la teruk mane pun. Setakat kena simptom demam dan batuk tu suruh pegi je telan 2 biji panadol. Aku rase sebab tu la ramai orang mati pasal wabak ni tak dibendung.

Mungkin diorang nak tengok wabak ni teruk bile simptom die adalah muntah darah, badan keluar cecair pelik, tumbuh banyak nanah, hilang waras dan mata jadi kaler merah. Lepas tu cara penyebaran wabaknye adalah pesakit tu gigit tengkuk orang laen sampai berdarah luka, ala2 cerita zombi gitu. Perhatian, bacaan ni tak sesuai untuk remaja dibawah umur 18 tahun kerana terdapat unsur seram dan ganas terlampau. Tak pun tunggu sorang pak menteri mati baru la nak panik.

Setakat ni dah 73 orang mati pasal wabak ni(baru googling tadi). Vaksinnye dah jumpe. Ade jugak cara ubat laen yang aku dapat dari sebaran emel. Dari gune air suam, madu, bawang atau ape entah. Tapi ustaz aku kate tak payah risau pasal wabak ni sebab dari hadis nabi, satu dari doa nabi Muhammad SAW, umat baginda akan terpelihara dari binasa bencana besar seperti bencana alam dan wabak. Jage amalan je la kot supaya takde nabi tak mengaku umat pulak. Aku ade bace jugak yang wabak ni adalah salah satu konspirasi orang kafir. Pegi google sendiri.

IKLAN: Suatu hari di dalam hutan, serigala, harimau dan babi bertemu,

Serigala berkata dengan bangga, "Sekali aku menyalak, satu kampung berpeluh." Harimau mencebik serigala lalu berkata, "He' eleh, sekali aku mengaum, satu belantara menggigil". Babi yang kool pulak berkata, "Ceh, sekali aku bersin, satu dunia panik."


Ni lagu tema h1n1. Lawak gile dowh.


Minggu depan ni aku ade banyak exam mid term pulak. Mood study takde. Bulan puase ni doa senang makbul. Korang doakan je la untuk aku ye.

28 cacian hamun:

mknace unlimited said...

;) :) :)
kelakar lak citer babi bersin tu

abang besi said...

nenek hai -o ...

"apa tu bio aura..?"
"syukur alhamdulillah..."

(buat dgn nada mendatar)
ahakss...

sayang said...

ada lg 1 virus yg agak bahaya gak tp x kecoh pun... virus b1N1.. hehehe. gd luck exam.

EIPUL said...

haha. babi bersin satu dunia panik kan? kahkah.

haah lah. aku rasa macam Malaysia tak ambik port sangat pasal H1N1 ni. ke dia nak tunggu sampai 10 000 orang mati baru nak buat2 panik? LOL

tapi sekarang dah reda sikit ar. aku harap akan hilang terus. =D

nich said...

haha oit natsu.. stadi malas tapi doa rajen xde gune asenye.. kena usaha skali ar bang.. agagaga

serunaiklang_91 said...

assalamualaikum..hahaha....

lawak tol video tu..tapi musik kat blog ni cam kaco sket....hehe...

ya gud luck and all the best for ur becoming exams~~

chaiyok2!!!!

nnt doa biar rajin study yer...=)

Natsu said...

@mknace
haha. memg klakar.

@abg besi
haha. ko memg knal btul dgn nenek hai-o tu ye.

@sayang
oh, nnt aku try google. thnx sis.

@eipul
ntah. tggu anak najib kne skali virus ni bru panik la kot.

@saya
oh, rajen la tu walo rajen doa pun. ade usaha jugak la tu.(sambil bwat muke x brsalah)

@serunaiklang
blh tutup la lagu blog tu.

thnx sis.

doa bg rajen study? err.. hehe. aku kne sindir ni.

yoro okino said...

kat tempat ko xteruk sngat kot
kat tempat aku skunk..
klu saper2 demam sure seminggu dier kasi cuti..jeles babe..
selsema pon xleh dtng class..

Natsu said...

ko nk terok cam ne tu? xkn nk tggu ade org mati kot. err.. ko uni mne? lps ni ade bdak bru msuk dftr ko jgn trkejot plak ye.

Amal said...

siyes kelako babi bersin!
hahaha

weh nie kan video nobody~
blanje aku berbuke dik..
=p

Natsu said...

aku tau ni wonder girls je. aku xtau plak nme asl lagu tu. aku lyn snsd je.

ko kne blanje aku dlu bru la aku blanje ko balek dan sjak ble aku jd adek ko ni? haha.

serunaiklang_91 said...

boleh ttp eh??camne??hehe

oh yg tu..perli sket2 jer...aha

Natsu said...

x jmpe ke player die kt tepi? klik je button pause.

perli sket je? ptut la x terasa sgt. haha.

lumut said...

5 bintang untuk penari..stgh bintang untuk penyanyi..

Orkid Edyliyne said...

selamba je melawak...
macam nak pecah perut ketawa...
adeh sakitnya pipi...
=)

Natsu said...

@lumut
haha. agk la. video pnyanyi prempuan tp suare laki.

@orkid
haha. biar pecah d perot jgn pecah d mulut.(ape ntah kaitan ni)

okedkama said...

gua da save alamat lu..nnt sampai kad raye 50sen gua

Frodo Baggins said...

huakakkakakaka tu baru bersin


kalu dia terbatuk kahak hijau apa maciam?? mau terbalik dunia. muhahahahaha ((gelak keji))

Natsu said...

@oked
hoho. ok2. thnx sis. blh la aku blagak dgn adek aku ni nnt.

@d hobbit frodo
keji gile babi tu. agk la batuk pun nk kluar kahak skali.(bwat2 panik)

TokDon said...

kamu tidak lupa lirik ..

abang besi said...

huhu...ape la lagu...ceh..hehe.

Natsu said...

@tokdon
haha. blh msuk progrm ni.

@abang besi
lagu video ke lagu blog? huhu.

ReallyDontMind said...

sheesh;
lwk la;
:))

Natsu said...

shoosh
haha. ;)

HH said...

heh
mengarut video tu
aku tak tergelak pon

Natsu said...

die mngarot tu la yg lawak kot. ko kne banding dgn video asalnye.

sunshine said...

menariknye lagu kt video tuh
huahua..

Natsu said...

menarik sbb merapu kn? haha.